salam
ahlan wasahlan

Monday, August 29, 2011

MOTIVASI SEORANG DOKTOR

Sibuk...sibuk....sibuk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Kesibukan ana tak tertanding dengan sibuknya Rasulullah SAW. 
Apalah sangat.............
Itulah pujukan kepada diri ini sendiri apabila terbeban dengan banyak kerja 
dan merasakan diri sangat sibuk

Tapi sangat seronok dengan kesibukan sebenarnya
Biarlah kita sibuk dengan belajar, bekerja dan bergerak kerja
Asal hati tidak lalai dan leka






Nukilan buat anak-anak bergelar pelajar perubatan (dan ibu bapa mereka juga!)

Salam Syawal,
Khusus buat:
Anak-anak yang bergelar pelajar perubatan ( di mana jua anda berada)
Ibu dan ayah kepada anak-anak di atas
Sedikit pesanan ini dinukilkan oleh seorang yang pernah menjadi pelajar perubatan ( 1986-1991), sudah bergelar doktor selama lebih 19 tahun, menjadi pakar O&G dan pendidik kepada ribuan pelajar perubatan selama 13 tahun. Namun belum berpeluang menjadi ibu kepada seorang pelajar perubatan lagi setakat ini.

Anak-anakku,
Kalian sebenarnya bertuah dipilih Allah SWT mempelajari satu bidang yang amat besar faedah dan manfaatnya buat manusia dan dunia. Apapun yang mendorong kalian membuat keputusan menjadikan bidang ini pilihan, kalian sudah sampai di sini! Betapa ramai rakan kalian yang mengidamkan kerusi yang kalian duduki sekarang ini.
Harapnya, dorongan itu bukanlah semata-mata mahu mencuba nasib, memenuhi hajat dan hasrat kedua ibu bapa dan keluarga yang mahu seorang bergelar `Doktor’ dalam salasilah keturunan, ataupun ingin sentiasa bersama dgn rakan karib lain yang kebetulan juga mendapat tawaran yang sama!
Melihat betapa berlumba-lumba kalian merebut tempat di sekolah perubatan, rasanya seperti ada kempen ` Satu Keluarga Seorang Doktor’ lagaknya.
Jangan kalian terkejut nanti – dengan realiti pengorbanan yang mesti kalian lalui. Perubatan adalah satu lapangan yang perlukan komitmen pembelajaran sepanjang hayat. Kalian sendiri yang perlu mencetus keghairahan mahu menuntut ilmu, bukannya hanya berharap dan bergantung sepenuhnya kepada tenaga pendidik yang menunjuk ajar.

Kalian akan mulai mendengar perkataan ` self-directed learning- SDL’, student-centred education, life-long learning, community-based learning, inter-professional learning dll.
Pengajar kalian bukan hanya professor dan pensyarah perubatan, malahan yang bergelar pesakit itulah yang paling banyak mengajar dan memberi tunjuk ajar. Para jururawat adalah mentor yang paling berpengalaman dan perlu diberi penghormatan.
Yang paling utama, akhlak kalian – menjadi pembeza utama antara pengamal perubatan yang mulia dan doktor yang angkuh. Bertuahlah bagi kalian yang sememangnya sudah berbekal dgn didikan sempurna, penuh budi bahasa, tata tertib dan sopan santun yang tinggi semenjak dari rumah lagi. Malanglah kalian yang serba kekurangan dalam aspek ini, sekalipun kalian begitu cerdas mengumpul deretan `A+’ dalam transkrip keputusan peperiksaan saban semester.

Untuk para ibu dan ayah kepada anak-anak yang bergelar pelajar perubatan,
Mohon dipastikan kalian sudah menyediakan anak-anak kalian dengan baik dan sempurna – terutamanya dalam aspek rohaniah dan akhlaqiah mereka. Mereka akan menjadi doktor perubatan – bukan calang-calang profesyen! Pastikan mereka menjadi pengamal perubatan yang tawadhuk dan sentiasa berhubung erat dengn Rabb.. Selitkan doa yang tidak pernah kunjung padam setiap masa dan ketika, moga Allah SWT memberi bimbinganNya buat anak-anak ini.
Sekiranya kalianlah menjadi SEBAB utama anak-anak berada di sekolah perubatan hari ini, sedangkan itu bukan keinginan dan minat mereka sendiri, bersedialah untuk meminta maaf kepada mereka – terutamanya jika mereka akan berhadapan dgn kesukaran dan keperitan memenuhi hajat dan cita-cita kalian itu.

 Sokong dan dokonglah mereka sehingga ke akhir nanti – kerana cubaan dan dugaan yang perlu anak-anak ini hadapi bukanlah setakat semasa dalam latihan sahaja, malahan yang lebih mencabar adalah ketika terpikul di bahu mereka tanggungjawab dan amanah yang berat apabila bergelar doktor nanti!
InsyaAllah, kalian akan sentiasa dilindungi Allah SWT dari segala bencana selagi mana penggantungan hanyalah kepada Allah semata-mata.
-Dr.Har








Membaca dan menghayati dengan mata hati. Ana bersetuju dengan sahabat-sahabat perubatan yang lain…..
"kalian akan sentiasa dilindungi Allah SWT dari segala bencana selagi mana penggantungan hanyalah kepada Allah SEMATA-MATA" dan "Pastikan mereka menjadi pengamal perubatan yang TAWDHUK dan sentiasa berHUBUNG ERAT DENGAN RAB.."

Sedih bila memikirkan benarkah kita belajar dan berusaha untuk mengenal Allah swt?

Benarkah pergantungan kita hanya pada Allah swt semata-mata?

Mampukah kita bertawadhuk dan berhubung erat dengan Allah swt setiap masa?

atau belajar dan berpenat lelah untuk dunia tetapi di akhirat tiada nilai langsung di sisi Allah. 

Bolehkah kita dapat memegang dua-duanya, dunia dan akhirat dgan apa yang kita buat sekarang ini?

atau dapat dunia sahaja tetapi akhirat tercicir?

ataupun kita tidak dapat kedua-duanya skali?

Apabila berfikir dan terus berfikir terlalu banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki

Kita dengan senang masuk persatuan itu dan ini, jemaah itu dan ini, tetapi adakah sesenang itu kita boleh masuk syurga Allah???

Thursday, June 23, 2011

AHLAN YA REJAB!!

Pesan Imam Hassan Al Banna



Bagi para dai dan murobbi, mari kita tunaikan sepuluh wasiat ini. Ia adalah resipi mujarab buat pengubat umat. Kaedah yang teruji sepanjang perjalanan waktu hingga kini. Mari kita praktikkan dan amalkan.

1. Bangunlah segera untuk melaksanakan shalat apabila mendengar adzan walau bagaimanapun keadaanmu.
2. Baca, telaah dan dengarkanlah al- Qur'an, berzikirlah kepada Allah dan janganlah engkau senang menghambur-hamburkan waktumu dalam masalah yang tiada faedahnya.
3. Bersungguh-sungguh untuk boleh berbicara dalam bahasa arab yang fasih.
(InsyaAllah, mahirkan bahasa melayu dahulu kerana medium dakwah kita yang paling utama di Malaysia ialah umat islam melayu. Tetapi harus diingat, bahasa arab juga penting kerana ia adalah bahasa Al Quran)
4. Jangan memperbanyak debat dalam percakapan kerana itu tidak akan mendatangkan kebaikan.
5. Jangan banyak tertawa kerna hati yang selalu berkomunikasi (berzikir) dengan Allah sifatnya aman dan tenteram.
6. Jangan suka bergurau kerana umat yang berjihad akan senantiasa berusaha bersungguh-sungguh.
7. Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, kerana hal itu akan menganggu dan meyakiti.
8. Jauhilah ghibah (mengumpat) atau menyakiti hati orang lain dalam bentuk apa pun dan janganlah berbicara kecuali yang baik.
9. Berkenalanlah dengan setiap saudara yang saudara temui kerana asas dakwah kita adalah saling kenal-mengenal dan berkasih sayang.
10. Pekerjaan utama kita adalah tertumpu pada waktu yang tersedia, maka tolonglah saudaramu untuk memanfaatkan waktunya, dan apabila kalian punyai keperluan maka sederhanakanlah dan cepatlah diselesaikan.

Alhamdulillah.

Sunday, May 1, 2011

MASA BERLALU..

Assalamualaikum pembuka bicara..
Pejam celik, pejam celik dah masuk hari baru, minggu baru dan bulan baru.. Apa yang kita dah buat sepanjang kehidupan kita sehingga ke saat ini?? Adakah perkara yang bermanfaat ataupun sebaliknya..


Renungilah hadis yang ke-40 Imam Nawawi:

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari, Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu. lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:
Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.


Pengajaran hadis,:

(1) Kehidupan di dunia adalah kehidupan sementara, akhirat jua yang kekal abadi. Kerana itu, manusia diminta agar mengambil berat soal akhirat dan mengambil dunia seumpama seorang musafir lalu atau seorang dagang, yang hanya membawa barang keperluan di perjalanan, bukan membawa semua barang-barang.

(2) Seorang mukmin tidak harus memanjangkan angan-angannya, kerana dia terdedah kepada
panggilan maut pada bila-bila masa. Dia semesti sentiasa berwaspada menghadapi maut. Apabila pagi tiba, seolah-olah dia tidak akan hidup hingga ke petang dan apabila tiba waktu petang, dia merasa seolah-olah dia tidak sempat menghirup udara pagi esoknya.

(3) Larangan memanjangkan angan-angan dan gesaan agar hidup secara sederhana tidak bermakna lslam menghalang kemajuan dan kekayaan. lslam membenarkan penganutnya menjadi hartawan dan negara lslam menjadi sebuah negara maju tetapi dengan syarat menjadi seorang mukmin dan negara lslam yang bertaqwa. Kemajuan dan kekayaan adalah untuk Allah.

Marilah kita sama2 perangi virus P1A1- Panjang Angan-angan

Wednesday, March 9, 2011

CIRI-CIRI MUSLIM SUPER

(IBADUR RAHMAN)

1. Berjalan dengan RENDAH HATI

2. Apabila orang jahil menerpa mereka dengan hina, mereka melemparkan semula dengan “SALAM”

3. Malam dihidupkan dengan BERIBADAH (ruku’ & sujud)

4. Orang yang membaca:

"Ya Tuhan kami, jauhkanlah azab jahannam dari kami, kerana sesungguhnya azabnya itu membuat kebinasaan yang kekal"

5. Orang yang MENGINFAKKAN HARTA ( tidak berlebihan & tidak kikir)

6. Orang yang tidak mempersekutukan Allah

7. Orang yang tidak membunuh orang kecuali yang boleh dibunuh

8. Orang yang tidak berzina

9. Orang yang bertaubat dan beriman serta mebuat kebaikan

10. Orang yang tidak memberi kesaksian palsu

11. Apabila berjumpa dengan orang yang membuat perkara yang tidak berfaedah, mereka LALU sahaja..

12. Apabila diberi PERINGATAN, mereka TIDAK TULI & BUTA

13. Orang yang membaca:

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa"

Surah al-furqan : 61-77