salam
ahlan wasahlan

Saturday, October 16, 2010

Anatomy di sisi orang Islam





1) Orang mesir kuno adalah orang pertama yang mempelopori ilmu anatomy,mereka telah membedah mayat dan membuang viscera(usus) kemudian melakukan tahnit’(mengawet) untuk tujuan mengekalkan mayat.

2) HUKUM:
a)Haram awet manusia kerana menyeksa manusia
b)Harus awet binatang

3) Orang barat mendakwa umat islam tidak tahu tentang ilmu anatomy kerana agama islam amat memuliakan mayat,oleh itu mereka menyangka orang islam tidak membedah mayat untuk belajar ilmu anatomy.

4) Sekalipun islam menghormati manusia hidup ataupun mati,dan dilarang menyeksa tubuh atau bermain-main dgn tubuh(mayat),tetapi untuk tujuan pembelajaran (medical study) ianya menjadi wajib untuk pelajar perubatan menggunakan mayat

5) Ini adalah kerana belajar perubatan merupakan satu kewajipan dan merupakan cara untuk berkhidmat pada manusia,dan tidak sempurna pengajian kalau tidak menggunakan mayat oleh itu islam membenarkan penggunaan mayat bagi pelajar perubatan

6) Ulama’ perubatan,Abu Walid Muhammad bin Rushd berkata: (sesiapa yang belajar ilmu anatomy maka akan bertambah imannya pada Allah)


dipetik dari http://madrasahimamnawawi.blogspot.com

Monday, October 11, 2010

Hikmah Kembara - mirwana

Di sini kau berdiri
Berpijak di bumi
Menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikir
Alam penuh rahsia
Anugerah yang maha esa

(CHORUS)
Berjalan, bermusafirlah
Melihat kebesaran tuhan
Yang diciptakan untuk
Mereka yang berfikir
Dan bersyukur di atas nikmat
Dan kurnianya
Nilai harganya,iman dan taqwa
Bagi hamba yang setia


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tiada beza warna,kulit atau rupa
Yang ada hanya insan yang lemah
Dengan satu tujuan mencari keredhaan
Dan berbudi di bumi tuhan

Fikirkanlah..dimana arah kita
Renungilah..hikmah kembara
Menuju kasih
Buktikan cinta kita..
Kepadanya..
Ini kembara kita

Berjalan dan bermusafirlah
Untuk melihat kebesarannya
Lantas berfikir dan bersyukur
Diatas nikmat dan kurnianya
Nilai harganya iman dan taqwa
Bagi hamba yang setia

perjalanan menuju bumi misr

Dari Malaysia : 6 Okt, 10.40am

Aku sendirian meninggalkan keluargaku untuk melangkah ke bumi anbiya' bagi mengutip mutiara2 ilmunya..permusafiran bermula..

di dlm flight(gulf air):
perasaan yg sama ku rasakan sprt ke bumi Mekah dahulu..cuma kini tidak lagi bersama keluarga..hatiku pedih meninggalkan bumi Malaysia tp harus kutabahkan jua..terubat hatiku apabila membaca buku "Buntat Mengembara Ke Mekah karya Yahaya Awang"-hadiah drpd kakak tercinta, mard shah- dek kerana semangatnya untuk ke Mekah walaupun miskin.. Aku mesti mencontohinya yang sangat berdikari, baik hati, suka menolong, yakin dgn Allah, bertanya apabila tidak tahu dan sebagainya.

Transit di Bahrain : 1.40pm = 6.40pm(m'sia)

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:VhFnWf6n3NASPM:http://taxdollars.ocregister.com/files/2009/09/bahrain.jpg

Aku tidak terkejut benar kerana tanahnya sama seperti di bumi jordan yang pernah kujejaki dahulu..bahrain sprt sebuah pulau tp maju sekali..

Sebelum makan mlm terserempak dgn org prmpn Syria bersama 3org anaknya yg comel..try to speak in arabic..hamdalah.. dia guru Quran pesanannya suruh belajar Quran dengan tajwid yg betul.

Malam tu roomate nak guna wireless tp rupa-rupanya kena bayar 10BD = 28USD = RM84 untuk guna 24 jam sahaja..xberbaloi, xjd guna.. Makan malam pukul 7 = 12pm(m'sia). nak tggu mkn, sgt2lah mengantuknya dgn perut lapar mcm pelarian je.. semua duduk menunggu kat luar cafe yg bakal buka tepat jam 7pm (bersila & mcm2 aksi lg) . Hamdalah akhirnya buka, tp nak mkn nasi hanya menggunakan garfu dan pisau sahaja..

Bertolak ke Cairo : 12.50pm(check in)

Dalam perjalanan duduk sebelah pak arab-engineer..mula2 dia tanya belajar kat mn. Ana ckp belajar di al-azhar, kaherah - thn 1. Sampailah soalan yg dah tak tahu nak jawab apa.. Dia tanya lagi kat mn, Kaherah kan besar..manalah tahu nak jwb apa sebabnya tak sampai lagi kat misr..ana jawab je dkt Kaherahla..dia pun ckp knp pula awak tak tahu, awak sepatutnya tau..keadaan haru.
bila dah jd mcm tu dia pun kata nak ajar bahasa arab..mcm2 dia ajar antaranya nama tempat.. ada yg mesti sebut alif lam ada yg tak payah sebut cth: 'Al-Madinah' : itu baru menunjukkan tu tempat Rasulullah..tp kalau sebut 'madinah' je jd umum..dia ajar sebutanla..nak mendarat dah pun still tak habis lg.. kalau Bahrain tiada alif lam..



Alhamdulillah Allah kurniakan ssorg untuk ajar sedikit ttg bahasa .. Pesanan Ust Hassan yg penting pergi sana niat untuk menuntut ilmu.. InsyAllah Allah bantu..


mumtazah khairun nisya
kaherah, egypt
2.20pm