salam
ahlan wasahlan

Tuesday, December 29, 2009

AL-WAHNUKAH KITA???

Ana tringat semasa mengikuti seminar di Rompin, seorang penceramah(cikgu Kima) telah menceritakan satu rahsia bagaimana Yahudi nak jatuhkan Islam..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Seorang Yahudi telah melukis gambaran seorang bayi yg baru lahir, tgn di sblh knnya memegang senjata yg besar (cth:lembing) dan tgn di sblh kirinya pula memegang senjata yg kecil (cth:keris). Mksdnya kat sini mrk(Yahudi) takkan berjaya menakluk Islam sekiranya ssorg Islam itu berpegang TEGUH DENGAN AL-QURAN & HADIS.

Zaman sekarang, org tidak risau jika anak2 mrk gagal di akhirat, tp amat risau jika anak2 mrk gagal di dunia. Contohnya, jika mrk melihat anak2 mrk tidak solat subuh, mrk tidak risau.. Tp bila melihat anak2 mrk gagal dlm peperiksaan, mrk cukup susah hati.. Zaman sekarang, ramai yg jd sekular. Dunia dia letak nombor satu, akhirat dia lupakan. Mrk ingat org2 yg zuhud dan para pejuang Islam itu bodoh krn sanggup berkorban macam2 demi Islam tanpa mendapat apa2 balasan.. Mrk inilah org2 yg bodoh yg sebenarnya krn mengejar kesenangan yg sementara semata2. Dlm hadis Nabi ada diceritakan bhw di akhir zaman nanti akn ada umat Islam yg lemah seperti buih di lautan, mrk mempunyai penyakit al-wahnu. Al-wahnu maksudnya Cinta dunia dan takut mati. Bukan kah sama wabak sekular dgn penyakit al-wahnu? Mari kita lihat....

Sekular ertinya mementingkan kesenangan di dunia dan melupakan akhirat. Sekular menyebabkan manusia lupa bhw matlamat kehidupan adalah kehidupan di akhirat, org yg sekular seakan2 akur bhw tiada kehidupan slps mati.. Sseorang itu sanggup berbohong, sanggup menjadi penghalang perjuanagn Islam, sanggup melakukan rahsuah, sanggup melakukan fitnah, sanggup berpakat2 dgn musuh2 Islam dlm membunuh pejuang2 Islam dan sebagainya utk mendapatkan keduniaan , contohnya seperti jawatan. Hal2 agama dia tolak tepi krn bg nya hal2 agama hanyalah menyusahkan kita utk berjaya. Butakah matanya? Adakah dia tidak membaca sejarah2 kegemilanagn Islam di masa lampau.. Contohnya pd zaman Sultan Muhammad Al-Fateh, umat Islam ketika itu berjaya menakluki 3/4 dunia. Mengapa? Krn mrk benar2 mengamalkan Islam. Krn itu Nabi mengatakan bhw sultan dan tentera pd zaman itu merupakan sebaik2 sultan dan sebaik2 tentera. Umat Islam menang krn mrk berpegang dgn Islam. Org berjaya krn meninggalakn arahan2 agama hanyalah org Kristian, cuba baca sejarah zaman renaissance.

Al-Wahnu pula maksudnya cintakan / sukakan dunia dan takutkan mati. Sebagai contoh, kita sukakan isteri kita krn kejelitaan nya, jika diwaktu itu kita terfikirkan kita akn mati, mesti kita tak sanggup fikirkan nya lg krn takut2 tak boleh berjumpa dgn isteri kesukaan kita itu.. Contoh lain, kita memiliki jawatan yg besar, diwaktu itu pasti kita seboleh2 nya tidak mahu mati krn tak sanggup meninggalkan jawatan kiita itu... Diwaktu mana kita sukakan dunia, ketika itu pasti kita takut mati krn tidak sanggup berpisah dgn apa2 yg kita suka itu. Kalau nak dunia, mesti ikut cara2 yg diajar dlm Islam agar tidak tertipu dgn nya. Rezki kita tetap kita akn dapat, yg berbeza cumalah cara kita dapat rezki, sama ada cara yg halal atau haram.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Nampak tak persamaanya diantara sekular dan al-wahnu. Oleh itu, saya tak takut utk saya ajak semua maknusia2 yg sukakan jawatan dan kemuliaan diri utk menjenguk2 kesilapan diri. Sedarlah bhw dunia yg dicari2 itu hanyalah kamu akn dpt utk sekelip mata shj. Tp jika akhirat yg kamu cari, kamu akn dapat manfaat nya selama2 nya. Jgn biarkan fikiranmu diracuni sekular, jgn kamu biarkan dirimu lupa bhw kamu akn hidup selpas mati. Boleh jd org selekeh pd pandangan mu skrg menjadi org yg terrrrrrrsangat mulia drpd mu di akhirat nanti. Kamu pula skrg berasa mulia dgn jwtan2 mu tp di akhirat nanti menjadi org yg paling hina krn tiada pahala sdg kan dosa bertimbun2.
TEMUDUGA TERBUKA!!!



KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.



Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah

Friday, October 9, 2009

RINTIHAN QOLBY..

Terkadang hati ini gelisah dek masalah belia kini..
Budaya kuning dilihatnya seperti seputih salji..
Diamalkan setiap hari dengan tiada bertepi
Tuhan Yang Satu tidak diingatnya lagi
Ibu dan bapa sudah tidak dipeduli
Akibatnya tumbuhlah gejala sosial di setiap negeri
Tidak kira pelakunya pemuda mahupun pemudi

Wahai belia kini,
Kembalilah kita ke arah Islam yang suci
Tampak remeh tetapi itulah yang hakiki
Moga iman kita bertambah dan tidak dikurangi
Yang memimpin hati2 ke jalan yang diberkati
Tetapi siapalah diri ini?
Hanya manusia yang dhoif di sisi Ilahi

Tuesday, August 25, 2009

Friday, August 21, 2009

harapan Ramadhan - Raihan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Friday, August 14, 2009

H1N1 & JEREBU



Subhanallah..Apa2 pun blh trjadi dgn sekelip mata..minggu lepas virus H1N1(selesema babi) tersebar di negara luar..tup2 hari ini dah menular dalam kalangan kita pelajar sekolah. Hari ini je, sekolah ana lebih 9 orang telah disyaki ada simptom2 wabak 2..

Kita pun tau tanda2 brlakunya qiamat: muncul pelbagai penyakit yg pelik2..dlu H1N1, AIDS, chikungunya mn ade..tp skrg mcm2 dah.. salah satu sebab wabak ni menular kerana kita(manusia) banyak melakukan dosa dan maksiat pada Allah. Ana ade dgr tazkirah bhw, dunia ckp kpd kita “ Kamu membuat dosa di atasku, kamu akan merasa azab didalam perutku”. So, smntara masih ada waktu ni cepat2 la kita bertaubat dan bristighfar kpd Allah..astaghfirullah.
ntah2 lepas kita baca artikel ni nyawa kita dah takde dah...
Cikgu ana ada pesan amalkan ayat 58 surah Yasin sbnyk 28x lepas solat Subuh & Asar.. Insya-Allah akan dijauhkan apa2 penyakit..

Tanda2 qiamat juga: keluar asap & kabus yg tebal selama 40 hari 40 mlm..macam skrg dah bnyk brlaku jerebu.Ya Allah, dunia skrg dah dimamah usia.. if skrg dah mcm ni, mcm mn la hidup kita 2/3/4/5 tahun akan dtg.. Hanya Allah je yg tau..


INDAH PERMAI BUMI KITA
AMAN SENTOSA SEJAHTERA
LIHAT SUNGAI YANG MENGALIR
DERU OMBAK YANG BERDESIR

HIJAUNYA NUSANTARA
PENYEGAR PANDANGAN MATA
DAMAI SUASANA
CIPTAAN ALLAH MAHA ESA

TETAPI OH MENGAPA
ADA SAJA DALANGNYA
MENCEMARI BUMI INI
INDAHNYA DIKOTORI

OLEH ITU HAI KAWAN
BERSAMA KITA PASTIKAN
KEINDAHAN BUMI TAK LAGI DINODAI
KEINDAHAN BUMI TAK LAGI DICEMARI

6.55pm
5/8/09

TENSION!!


Sedar2 skrg dah f5..dah nak spm dah..tp knp aku mesti tension??

Kita dah tau skrg..ramai bdk cina buddha yg brjaya..knp bdk Islam x brjaya..mn pegi bdk Islam????

Bangkitlah diriku & sahabat2ku untuk majukan Islam..xde ape yg x susah..cube fikir blik, sbnrnya kt x sptutnya tension dlm umur kt yg mcm ni..

Cuba tgk mak & abah steady je smpai skrg..diorg lg bnyk masalah drpd kt..tp steady je..if mak yg bkerja, blik umah nak kena masaklah, jaga adiklah, basuh kainla, sapu sampahla & macam2 lagi..if abah pulak balik umah kalau rumput panjang kena mesin rumputla, kena basuh keretala, kena ngajar anak dia ngajila, kena tengok mak n ayah dia lagi la& macam2 lg..

Tp…..kita baru sekadar nak ambik spm…dah macam org nak mati..tugas kt skrg belajar je..berat ke??okla..klau kt rase ilmu tu brat jom kt set minda kta- ilmu tu kan CAHAYA..ha amacam nampak cam ringan x?klau tak ringan jugak tak tau la..

Lastly..ingatlah…
(yg tau lagu ni nyanyi la)

UMAT ISLAM HARUS CEMERLANG
HARI INI MESTI LEBIH BAIK DARI SEMALAM
JANGAN BUANG MASA
SIAPA KATA KITA TIDAK BOLEH
KITA ADA ALLAH MAHA KUASA
KITA PUNYA KUASA TENAGA
DOA SEBAGAI SENJATA
UMAT ISLAM SENTIASA BOLEH!!
UMAT ISLAM SENTIASA BOLEH!!

Bak kata Ustazah Hanisah: UMAT ISLAM UMAT HEBAT!!

Saturday, July 18, 2009

12 PESANAN NABI S.A.W.
3 Pemusnah, 3 Penyelamat, 3 Penghapus Dosa, 3 Peninggi Darjat

Nabi Muhammad s.a.w. adalah guru yang sejati. Baginda bukan hanya menyampaikan ilmu, tetapi juga mendidik dan mentarbiah. Keutamaan baginya ialah umatnya. Beliau menghendaki supaya umatnya akan menjadi umat yang diredhai Allah, berjaya di dunia dan di akhirat dan berada di barisan hadapan dari umat-umat lain di padang mahsyar. Guru yang sejati tidak akan pernah putus asa menasihati murid-muridnya. Begitulah Nabi Muhammad s.a.w.. Baginda tidak jemu menasihati umatnya. Tidak ada yang memberi manfaat kepada umatnya melainkan telah diceritanya dan tidak ada yang merugikan mereka melainkan baginda telah melarangnya. Di antara pesanan Nabi Muhammad s.a.w. ialah tentang empat perkara yang setiap satunya disebut pula tiga ciri;
Perkara pertama; al-Muhlikat, iaitu perkara-perkara yang memusnahkan.
Perkara kedua ; al-Munjiyat, iaitu perkara-perkara yang menyelamatkan.
Perkara ketiga ; al-Kaffarat, iaitu perkara-perkara yang menghapus dosa.
Perkara keempat; ad-Darajat, iaitu perkara-perkara yang mengangkat darjat/martabat.

Baginda bersabda; "Tiga perkara yang memusnahkan, tiga perkara yang menyelamatkan, tiga perkara yang menghapuskan dosa dan tiga perkara yang mengangkat martabat…".

Sememangnya engkau Ya Rasulullah s.a.w. seorang pendidik. Engkau mendidik kami –umatmu- agar selamat dan tidak musnah. Malah engkau menghendaki agar kami dihapuskan dosa dan diangkat darjat oleh Allah. Selamat dan sejahtera dari Allah untuk engkau, wahai Nabiyallah. Allahumma Shalli Wa Sallim ‘Ala Muhammadin Wa Ali Muhammadin.

Nabi Muhammad s.a.w. melanjutkan sabdanya; "Ada pun 3 perkara yang memusnahkan ialah;
Pertama; Sifat bakhil yang ditaati,
Kedua ; Hawa nafsu yang dipatuhi,
Ketiga ; Seorang itu berasa takjub dengan diri sendiri…".

Sifat bakhil memang telah sedia ada dalam diri manusia. Semua kita memiliki sifat bakhil. Kerana itu kita sayangkan harta-benda kita dan kita tidak suka hak kita diganggu. Tidak ada salahnya pada semata-mata sifat bakhil. Yang salah ialah apabila sifat itu dipertuhankan, iaitu kita mentaati sifat bakhil yang ada dalam diri kita hingga kita enggan mengeluarkan zakat, apatahlahi untuk bersedekah. Jika itu yang menjadi sikap kita, maka kemusnahan sedang menunggu kita.

Hawa nafsu juga sama. Manusia dilahirkan dengan pelbagai nafsu yang melingkari dirinya; nafsu makan, nafsu hiburan, nafsu seks dan sebagainya. Tanpa nafsu, manusia tidak akan dapat hidup. Tanpa nafsu juga manusia tidak akan beranak-pinak. Kehidupan manusia berbeza dengan malaikat yang tidak memiliki nafsu. Kerana itu, sekali lagi tidak ada salahnya pada nafsu. Yang salah ialah apabila nafsu itu dipertuhankan. Tanda orang yang mempertuhankan nafsu ialah; segala yang ia lakukan dalam hidupnya diukur berdasarkan suara nafsu. Ia tidak menghiraukan pandangan agama, halal-haram dan keredhaan Allah. Yang penting baginya ialah adakah nafsunya puas atau tidak. Orang begini mengikut kata Nabi dalam hadis tadi ia akan musnah.

Takjub dengan diri sendiri adalah sifat Iblis, Fir'aun dan juga Qarun. Iblis tatkala disuruh oleh Allah untuk sujud –menghormati- Adam, ia berkata kepada Allah; "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan aku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah" (Surah al-A'raf, ayat 12). Fir'aun mengaku diri sebagai Tuhan. Ia berkata kepada kaumnya –sebagaimana direkodkan oleh al-Quran-; "Akulah Tuhan kamu yang tertinggi" (Surah an-Nazi'at, ayat 24). Qarun pula takjub dengan kekayaannya. Ia berkata; "Aku diberikan harta kekayaan ini kerana ilmu dan kepandaian yang ada padaku" (Surah al-Qasas, ayat 78). Apa kesudahan mereka? Iblis dilaknat oleh Allah hingga kiamat dan akan menjadi makhluk pertama jatuh ke dalam neraka. Fir'aun ditenggelamkan oleh laut bersama bala tenteranya yang besar. Nasib Qarun pula diceritakan Allah; "Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia menemui sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah dan tidak pula dia tidak dapat menolong dirinya sendiri" (Surah al-Qasas, ayat 81). Begitulah pengakhiran golongan yang takjub dengan diri sendiri.

Nabi Muhammad melanjutkan lagi sabdanya; "Adapun 3 perkara yang menyelamatkan ialah;
Pertama; Bersederhana ketika miskin dan ketika kaya.
Kedua; Berlaku adil ketika suka dan ketika marah.
Ketiga; Takut kepada Allah ketika bersendirian dan ketika bersama orang ramai…".

Ramai orang mampu bersederhana semasa ia miskin atau kurang berada. Namun apabila kaya atau diberi rezki lebih, sifat sederhana itu hilang dan ia berubah menjadi pemboros. Begitu juga, ramai orang yang mampu bersikap adil apabila moodnya baik atau apabila ia suka kepada seseorang. Namun apabila ia marah atau berhadapan dengan orang yang tidak disukainya, ia sudah tidak dapat berlaku adil lagi. Untuk menempuh hidup yang selamat, kita hendaklah menjiwai sifat sederhana dan sifat adil dalam diri tanpa mengira masa, ketika dan suasana. Sama juga dengan perasaan takut kepada Allah. Perasaan itu hendaklah ada dalam jiwa kita setiap masa tanpa mengira di mana kita berada sama ada bersendirian atau bersama orang lain. Dalam pesanan yang lain, Nabi s.a.w. berkata; "Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada".[1]Seterusnya, bagi tiga perkara yang menghapus dosa, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda; "Adapun tiga perkara yang menghapuskan dosa;Pertama; melangkahkan kaki untuk menunaikan solat berjamaah.Kedua; menyempurnakan wudhuk sekalipun pada musim sejuk.Ketiga; menunggu solat selepas solat".Nabi s.a.w. amat menggalakkan umatnya untuk mengerjakan solat secara berjamaah. Baginda menerangkan fadhilatnya; "Solat secara berjamaah lebih baik dari solat seorang diri dengan 27 tujuh darjat".[2] Apabila kita berjalan ke masjid untuk menunaikan solat berjamaah, setiap langkahan tapak kaki kita akan menghapuskan satu dosa kita. Bayangkan berapa banyak langkahan yang kita lakukan setiap hari tatkala kita berulang-alik lima kali sehari semalam dari rumah ke masjid dan bayangkan juga betapa banyak dosa kita yang telah terhapus. Nabi s.a.w. bersaksi; "Jika kamu melihat seorang itu suka berulang-alik ke masjid, bersaksilah bahawa ia adalah orang yang benar beriman".[3]

Mengambil wudhuk adalah syarat sah solat. Menyempurnakan wudhuk adalah langkah awal untuk penyempurnaan solat. Biasanya orang yang sentiasa mengambil wudhuk dengan sempurna, solatnya juga akan dilakukan dengan sempurna. Orang yang memgambil wudhuk culang-caling, selalunya solatnya juga culang-caling. Satu hari Nabi s.a.w. pernah menawarkan kepada sahabat-sahabatnya; "Mahukah kamu aku tunjukkan amalan-amalan yang dengannya Allah akan menghapuskkan dosa-dosa dan mengangkat darjat-darjat kamu?". "Sudah tentu, wahai utusan Allah", jawab mereka. Nabi s.a.w. lalu bersabda; "Menyempurnakan wudhuk pada ketika-ketika payah, banyak melangkah kaki ke masjid dan menunggu solat selepas solat. Semua itu adalah ribat (baginda mengulangi tiga kali)".[4] Menunggu solat maksudnya ialah menunggu masuk waktu solat untuk mengerjakannya. Ia boleh difahami dengan maksud perbuatan iaitu menunggu di masjid (yakni beriktikaf) hinggalah masuknya waktu solat dan boleh juga difahami secara perasaan hati iaitu hati yang sentiasa teringat untuk mengerjakan solat dan mengambil berat tentang solat.[5]

Untuk pesanan terkahir, Nabi s.a.w. berkata; "Adapun 3 perkara yang mengangkat darjat ialah;
Pertama; bangun menunaikan solat malam pada saat orang lain sedang nyenyak tidur.
Kedua ; memberi salam
Ketiga ; memberi makan orang lain".

Orang-orang Islam yang taat kebanyakan mereka hanya mampu menjaga solat lima waktu. Jika ada ibadah sunat yang dilakukan kebanyakannnya di siang hari. Amat jarang yang sanggup bangun beribadah di malam hari walaupun besar fadhilatnya. Oleh itu, jika kita mampu bangun di malam hari pada masa orang lain semuanya sedang nyenyak tidur, maka darjat kita di sisi Allah lebih dari orang lain dengan syarat kita menjaga keikhlasan dalam hati kita.

Memberi salam adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib. Namun dari segi kelebihan, darjat orang yang memberi salam lebih tinggi dari orang yang menjawab salam kerana ia lebih dahulu mendoakan kesejahteraan orang lain di samping dia juga memperolehi pahala mengajak orang kepada kebaikan (yakni menghidupkan sunnah memberi salam). Begitu juga memberi makan orang lain sama ada orang miskin, anak-anak yatim atau keluarga dan sahabat-handai (untuk mengeratkan silaturrahim). Kebanyakan manusia hanya berfikir untuk memberi makan keluarga dan diri sendiri. Namun jika kita berfikir untuk memberi makan orang lain sama –di samping keluarga dan diri sendiri- maka itu adalah kelebihan kita berbanding kebanyakan orang.

Demikianlah 12 pesanan Nabi s.a.w. yang terangkum di dalam empat kumpulan nasihat yang cukup bermakna dan bernilai bagi hidup kita; nasihat untuk mengelak kemusnahan, nasihat untuk mendapat keselamatan, nasihat untuk dihapuskan dosa dan nasihat untuk memperolehi darjat yang tinggi. Hadis yang memuatkan pesanan-pesanan ini diriwayatkan oleh Imam at-Thabrani r.a. dari Abdullah bin ‘Umar r.a. (anak lelaki sahabat besar ‘Umar bin al-Khattab r.a.). Menurut Syeikh Nasiruddin al-Albani; hadis ini adalah hasan.[6]



Nota kaki;
[1] HR Imam at-Tirmizi dari Abu Zarr r.a. dan Mu’az bin Jabar r.a..[2] HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar r.a..[3] HR Imam Ahmad dan at-Tirmizi dari Abi Sa’id r.a.. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 634, Soheh.[4] HR Imam Malik, Muslim, Tirmizi dan Nasai dari Abu Hurairah r.a.. Ribat bermaksud; mengikat diri di jalan Allah. Maksud hadis ialah; orang yang sentiasa berada dalam toharah dan ibadah menyamai orang yang berada di jalan Allah. (Fiqhus-Sunnah, jil. 1, hlm. 28, kitab al-Wudhu’).[5] Lihat syarah Imam al-Minawi dalam Faidhul-Qadier, hadis no. 965 dan 634.[6] Lihat; Soheh Wa Dhaif al-Jami’ as-Saghier, Syeikh Nasiruddin al-Albani, hadis no. 5356.

Tuesday, July 7, 2009

PRAY


Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam. Sabda Nabi SAW:
“Solat berjemaah itu lebih afdal(baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat”(HR Bukhari dan Muslim)
Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu 5 waktu, solat sunat tarawikh, solat sunat witir dan solat sunat hari raya. Tetapi bagi solat Jumaat, wajib ditunaikan secara berjemaah.
SYARAT-SYARAT SAH SOLAT BERJEMAAH:
Ø Berniat mengikut/menjadi imam.
Ø Mengetahui segala apa yang dilakukan oleh imam.
Ø Tiada dinding yang menghalangi antara imam dan makmum kecuali bagi makmum perempuan di masjid hendaklah dibatasi dengan kain.
Ø Tidak mendahului imam dalam takbir dan tidak pula melambatkannya.
Ø Tidak mendahului imam dalam rukun-rukun sembahyang.
Ø Kedudukan imam ialah di hadapan makmum, sekurang-kurangnya di takat tumit. Makmum tidak boleh berada di hadapan atau sebaris dengan imam.
Ø Solat makmum harus sama dengan solat imam,misalnya sama-sama solat Zohor, Jumaat, qasar, jama’ dan sebagainya.
Ø Makmum lelaki tidakmengikut imam perempuan.
Ø Semasa berniat, seseorang perlu menambah perkataan makmumam(makmum lelaki),makmumatan(makmum perempuan), imaman(imamlelaki), imamatan(imam perempuan) selepas menyebut solat yang ingin dilakukan.
ANTARA SYARAT UNTUK MENJADI IMAM

- Bacaannya lebih baik daripada bacaan makmum.
- Seseorang itu bukan sedang mengikut atau menjadi makmum kepada imam lain.
- Imam itu sudah mumaiyiz.
- Terdapat sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Imam ialah yang menanggung pembacaan, apabila baik pembacaannya maka pahala untuk dirinya dan untuk mereka(makmum) dan jika rosak pembacaannya maka dosanya ialah ke atas dirinya sendiri, dan bukannya atas mereka(makmum).”
Korang tau tak??
Seorang profesor dari Amerika mendapati sekiranya solat jamaah dilakukan dengan rakaat-rakaat yang berbeza-beza antara satu solat dengan solet yang lain, akan dapat membantu menyeimbangkan cas-cas positif dan negative yang berada di dalam tubuh nbadan manusia di samping mendapat pahala 27 kali ganda lebih daripada solat secara sendirian, fikirkanlah…
Dr. Ahmad El-Kadi dariklinik Akhbar di Panama City, Florida telah membuat kajian berhubung kesan mendengar ayat suci al-Quran ke atas fisiologimanusia. Antara aspek fisiologi yang diambil kira dalam kajian ini ialah kadar denyutan jantung, tekanan darah serta tekanan ke atas saraf dan otot. Beliau mendapati,mereka yang mendengar bacaan al-Quran termasuk yang bukan Islam dan bukan Arab akan mengalami fisiologi yang positif dalam diri mereka. Renungkanlah…

Wednesday, June 24, 2009

Tips Atasi Zina Hati..



Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.




Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.




Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis”. Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)



Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.


Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.


Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”


Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.


http://bicarakalbu.blogspot.com

Friday, May 29, 2009

hati..

salam..stlh sekian lama, baru saat ini jari jemariku berkesempatan untuk menitipkan sepatah dua tulisan..

wasiat RASULULLAH saw kpd Saidina Ali:
ORG YG JUJUR itu ada 3 tndanya:
1) merahsiakn ibadahnya
2) merahsiakan sedeqahnya
3) merahsiakan ujian yg menimpanya

moga2 kt semua trgolong dlm glgn ini beserta niat yg ikhlas krn ikhlas itu ialah syarat penerimaan ibadah..ingatlah terkadang kt scr tak sgja tlh mnsyirikkan Allah samada syirik khafi atau syirik jali..seharusnya kt sentiasa memperbaharui iman kt..

Sunday, March 22, 2009

Saturday, March 21, 2009

Al-Khairiah bumi waqafan..

Bismillahirrahmanirrahim..
Buat kali pertama aku menulis di dalam blog kepunyaanku sendiri...

Sedih rasanya pabila mengenangkan bumi al-Khairiah.
Biahnya tidak sama lagi seperti dahulu..

dulu,
muslimin muslimat malu untuk bertembung tapi..
sekarang,
muslimin muslimat sering bertepuk tampar sesama sendiri.



dulu,
setiap hari ada saja peringatan(tazkirah) yang diberi tapi..
sekarang,
setiap hari ada saja masalah disiplin yang meniti.

dulu,
muslimat diselubungi rasa MALU di dalam diri tapi..
sekarang,
muslimat selamba saja aurat dibiarkan tanpa peduli..
bahkan semacam bangga tidak bertepi.

dulu,
semuanya menjaga pendangan mereka tapi..
sekarang,
selamba saja lihat benda lucah..

adakah fenomena ini akan berlanjutan sehingga akhirnya??? na'uzubillah..

"Ya Allah, Kau selamatkanlah Bumi waqafan ini & peliharalah biah solehah di sini" ameen