salam
ahlan wasahlan

Tuesday, July 7, 2009

PRAY


Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam. Sabda Nabi SAW:
“Solat berjemaah itu lebih afdal(baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat”(HR Bukhari dan Muslim)
Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu 5 waktu, solat sunat tarawikh, solat sunat witir dan solat sunat hari raya. Tetapi bagi solat Jumaat, wajib ditunaikan secara berjemaah.
SYARAT-SYARAT SAH SOLAT BERJEMAAH:
Ø Berniat mengikut/menjadi imam.
Ø Mengetahui segala apa yang dilakukan oleh imam.
Ø Tiada dinding yang menghalangi antara imam dan makmum kecuali bagi makmum perempuan di masjid hendaklah dibatasi dengan kain.
Ø Tidak mendahului imam dalam takbir dan tidak pula melambatkannya.
Ø Tidak mendahului imam dalam rukun-rukun sembahyang.
Ø Kedudukan imam ialah di hadapan makmum, sekurang-kurangnya di takat tumit. Makmum tidak boleh berada di hadapan atau sebaris dengan imam.
Ø Solat makmum harus sama dengan solat imam,misalnya sama-sama solat Zohor, Jumaat, qasar, jama’ dan sebagainya.
Ø Makmum lelaki tidakmengikut imam perempuan.
Ø Semasa berniat, seseorang perlu menambah perkataan makmumam(makmum lelaki),makmumatan(makmum perempuan), imaman(imamlelaki), imamatan(imam perempuan) selepas menyebut solat yang ingin dilakukan.
ANTARA SYARAT UNTUK MENJADI IMAM

- Bacaannya lebih baik daripada bacaan makmum.
- Seseorang itu bukan sedang mengikut atau menjadi makmum kepada imam lain.
- Imam itu sudah mumaiyiz.
- Terdapat sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Imam ialah yang menanggung pembacaan, apabila baik pembacaannya maka pahala untuk dirinya dan untuk mereka(makmum) dan jika rosak pembacaannya maka dosanya ialah ke atas dirinya sendiri, dan bukannya atas mereka(makmum).”
Korang tau tak??
Seorang profesor dari Amerika mendapati sekiranya solat jamaah dilakukan dengan rakaat-rakaat yang berbeza-beza antara satu solat dengan solet yang lain, akan dapat membantu menyeimbangkan cas-cas positif dan negative yang berada di dalam tubuh nbadan manusia di samping mendapat pahala 27 kali ganda lebih daripada solat secara sendirian, fikirkanlah…
Dr. Ahmad El-Kadi dariklinik Akhbar di Panama City, Florida telah membuat kajian berhubung kesan mendengar ayat suci al-Quran ke atas fisiologimanusia. Antara aspek fisiologi yang diambil kira dalam kajian ini ialah kadar denyutan jantung, tekanan darah serta tekanan ke atas saraf dan otot. Beliau mendapati,mereka yang mendengar bacaan al-Quran termasuk yang bukan Islam dan bukan Arab akan mengalami fisiologi yang positif dalam diri mereka. Renungkanlah…

No comments:

Post a Comment