Friday, October 9, 2009

RINTIHAN QOLBY..

Terkadang hati ini gelisah dek masalah belia kini..
Budaya kuning dilihatnya seperti seputih salji..
Diamalkan setiap hari dengan tiada bertepi
Tuhan Yang Satu tidak diingatnya lagi
Ibu dan bapa sudah tidak dipeduli
Akibatnya tumbuhlah gejala sosial di setiap negeri
Tidak kira pelakunya pemuda mahupun pemudi

Wahai belia kini,
Kembalilah kita ke arah Islam yang suci
Tampak remeh tetapi itulah yang hakiki
Moga iman kita bertambah dan tidak dikurangi
Yang memimpin hati2 ke jalan yang diberkati
Tetapi siapalah diri ini?
Hanya manusia yang dhoif di sisi Ilahi

No comments:

Post a Comment