salam
ahlan wasahlan

Tuesday, July 7, 2009

PRAY


Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam. Sabda Nabi SAW:
“Solat berjemaah itu lebih afdal(baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat”(HR Bukhari dan Muslim)
Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu 5 waktu, solat sunat tarawikh, solat sunat witir dan solat sunat hari raya. Tetapi bagi solat Jumaat, wajib ditunaikan secara berjemaah.
SYARAT-SYARAT SAH SOLAT BERJEMAAH:
Ø Berniat mengikut/menjadi imam.
Ø Mengetahui segala apa yang dilakukan oleh imam.
Ø Tiada dinding yang menghalangi antara imam dan makmum kecuali bagi makmum perempuan di masjid hendaklah dibatasi dengan kain.
Ø Tidak mendahului imam dalam takbir dan tidak pula melambatkannya.
Ø Tidak mendahului imam dalam rukun-rukun sembahyang.
Ø Kedudukan imam ialah di hadapan makmum, sekurang-kurangnya di takat tumit. Makmum tidak boleh berada di hadapan atau sebaris dengan imam.
Ø Solat makmum harus sama dengan solat imam,misalnya sama-sama solat Zohor, Jumaat, qasar, jama’ dan sebagainya.
Ø Makmum lelaki tidakmengikut imam perempuan.
Ø Semasa berniat, seseorang perlu menambah perkataan makmumam(makmum lelaki),makmumatan(makmum perempuan), imaman(imamlelaki), imamatan(imam perempuan) selepas menyebut solat yang ingin dilakukan.
ANTARA SYARAT UNTUK MENJADI IMAM

- Bacaannya lebih baik daripada bacaan makmum.
- Seseorang itu bukan sedang mengikut atau menjadi makmum kepada imam lain.
- Imam itu sudah mumaiyiz.
- Terdapat sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Imam ialah yang menanggung pembacaan, apabila baik pembacaannya maka pahala untuk dirinya dan untuk mereka(makmum) dan jika rosak pembacaannya maka dosanya ialah ke atas dirinya sendiri, dan bukannya atas mereka(makmum).”
Korang tau tak??
Seorang profesor dari Amerika mendapati sekiranya solat jamaah dilakukan dengan rakaat-rakaat yang berbeza-beza antara satu solat dengan solet yang lain, akan dapat membantu menyeimbangkan cas-cas positif dan negative yang berada di dalam tubuh nbadan manusia di samping mendapat pahala 27 kali ganda lebih daripada solat secara sendirian, fikirkanlah…
Dr. Ahmad El-Kadi dariklinik Akhbar di Panama City, Florida telah membuat kajian berhubung kesan mendengar ayat suci al-Quran ke atas fisiologimanusia. Antara aspek fisiologi yang diambil kira dalam kajian ini ialah kadar denyutan jantung, tekanan darah serta tekanan ke atas saraf dan otot. Beliau mendapati,mereka yang mendengar bacaan al-Quran termasuk yang bukan Islam dan bukan Arab akan mengalami fisiologi yang positif dalam diri mereka. Renungkanlah…

Wednesday, June 24, 2009

Tips Atasi Zina Hati..



Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.




Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.




Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis”. Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)



Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.


Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.


Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”


Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.


http://bicarakalbu.blogspot.com

Friday, May 29, 2009

hati..

salam..stlh sekian lama, baru saat ini jari jemariku berkesempatan untuk menitipkan sepatah dua tulisan..

wasiat RASULULLAH saw kpd Saidina Ali:
ORG YG JUJUR itu ada 3 tndanya:
1) merahsiakn ibadahnya
2) merahsiakan sedeqahnya
3) merahsiakan ujian yg menimpanya

moga2 kt semua trgolong dlm glgn ini beserta niat yg ikhlas krn ikhlas itu ialah syarat penerimaan ibadah..ingatlah terkadang kt scr tak sgja tlh mnsyirikkan Allah samada syirik khafi atau syirik jali..seharusnya kt sentiasa memperbaharui iman kt..