salam
ahlan wasahlan

Thursday, March 18, 2010

TAMAN ISLAM KULLIAH

salam..dah lama tak menggerakkan jari-jari ni kat blog..rindu rasanya..

semenjak berada di Kulliah banyak perkara dpt dipelajari..

bulan 1

Sewaktu orentasi ana dilantik jadi ketua kumpulan..Ana tak suka jadi ketua sebab ana lbh suka jadi org yg patut dibimbing..Tapi ana gagahkan diri mungkin sesuatu dpt dipelajari daripada perkara tersebut..memang benar.

Kemudian, Allah mentaqdirkan ana jadi ketua kelas bagi kelas Ijtihad(banat sume).Masa dilantik tu ana fikir mungkin Allah nak tarbiyah aku kat sini..Jadi ana cuba untuk memegang dan menjalankan taklifan ini sehabis baik..walaupun nampak sempoi je tp macam kerja menteri plak..tak duduk diam.Memang benarlah, Allah tidak membebankan seseorang tu melainkan sesuai dgn kesanggupannya..Agak sibukla jugak coz bekejar ke sana ke sini nak settlekan spbt, duit bukula dan lain2.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

bulan 2

ana dicalonkan untuk menjadi calon MPP Kulliah..Telan air liur gak nak pancing undi utk pilihan raya..ana takla sehebat sahabat2 yg lain yg pernah berpengalaman jadi ketua asrama, ketua badan dakwah..Tapi sume tu tak penting..yang penting sekarang ni kita merupakan mata-mata rantai perjuangan Rasulullah tu sendiri..
Hasilnya sahabat2 seusrah ana menjadi pilihan di hati rakyat sekulliah.

bulan 3

Bukan boleh main2 je jadi MPP ni..kita merupakan role-model kpd org lain..macam wakil rakyat gak kan..kesalahan kecil yg dibuat tampak lebih besar..tp sume tu mematangkan kita..

"SIAPA YG TAK PERNAH BUAT SALAH BERMAKNA DIA TAK PERNAH BUAT APA2"

tapi adakalanya ana rase down..sebenarnya Allah nak dengar luahan kita kat Dia cuma masa tu ana je yg tak sedar..bila difikirkan balik kerja kita sekarang ni secotet je nak dibandingkan dengan dakwah Rasulullah tp itu pun dah x mampu..

Ingatlah..


SETIAP TITIS PELUH & DARAH
TAK AKAN SIRNA DITELAN MASA
SEGURIS LUKA DI JALAN ALLAH
KAN MENJADI SAKSI PENGORBANAN

p/s: Untuk semua, tak kirala ajk badan dakwah, pengawas atau apa2 lg..TERUSKAN PERJUANGAN HINGGA KE AKHIRNYA!! Takbir!!

Sunday, January 3, 2010

Bingkai Kehidupan-Soutul Harakah

Mengharungi Samudera Kehidupan,
Kita ibarat para pengembara,
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa untuk Berpangku tangan.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Setiap titis peluh dan darah,
tak akan sirna ditelan masa,
Segores luka di Jalan Allah,
Akan menjadi Saksi Pengorbanan.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Allahu Ghayatuna,
Ar-Rasul Qudwatuna,
Al-Quran Dusturuna,
Al-Jihad Sabiluna
Al-Mautu Fi SabiliLlah Asma' amanina


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Allah adalah tujuan kami
RasuluLlah teladan kami
Al-Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami,
Mati di Jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, December 29, 2009

AL-WAHNUKAH KITA???

Ana tringat semasa mengikuti seminar di Rompin, seorang penceramah(cikgu Kima) telah menceritakan satu rahsia bagaimana Yahudi nak jatuhkan Islam..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Seorang Yahudi telah melukis gambaran seorang bayi yg baru lahir, tgn di sblh knnya memegang senjata yg besar (cth:lembing) dan tgn di sblh kirinya pula memegang senjata yg kecil (cth:keris). Mksdnya kat sini mrk(Yahudi) takkan berjaya menakluk Islam sekiranya ssorg Islam itu berpegang TEGUH DENGAN AL-QURAN & HADIS.

Zaman sekarang, org tidak risau jika anak2 mrk gagal di akhirat, tp amat risau jika anak2 mrk gagal di dunia. Contohnya, jika mrk melihat anak2 mrk tidak solat subuh, mrk tidak risau.. Tp bila melihat anak2 mrk gagal dlm peperiksaan, mrk cukup susah hati.. Zaman sekarang, ramai yg jd sekular. Dunia dia letak nombor satu, akhirat dia lupakan. Mrk ingat org2 yg zuhud dan para pejuang Islam itu bodoh krn sanggup berkorban macam2 demi Islam tanpa mendapat apa2 balasan.. Mrk inilah org2 yg bodoh yg sebenarnya krn mengejar kesenangan yg sementara semata2. Dlm hadis Nabi ada diceritakan bhw di akhir zaman nanti akn ada umat Islam yg lemah seperti buih di lautan, mrk mempunyai penyakit al-wahnu. Al-wahnu maksudnya Cinta dunia dan takut mati. Bukan kah sama wabak sekular dgn penyakit al-wahnu? Mari kita lihat....

Sekular ertinya mementingkan kesenangan di dunia dan melupakan akhirat. Sekular menyebabkan manusia lupa bhw matlamat kehidupan adalah kehidupan di akhirat, org yg sekular seakan2 akur bhw tiada kehidupan slps mati.. Sseorang itu sanggup berbohong, sanggup menjadi penghalang perjuanagn Islam, sanggup melakukan rahsuah, sanggup melakukan fitnah, sanggup berpakat2 dgn musuh2 Islam dlm membunuh pejuang2 Islam dan sebagainya utk mendapatkan keduniaan , contohnya seperti jawatan. Hal2 agama dia tolak tepi krn bg nya hal2 agama hanyalah menyusahkan kita utk berjaya. Butakah matanya? Adakah dia tidak membaca sejarah2 kegemilanagn Islam di masa lampau.. Contohnya pd zaman Sultan Muhammad Al-Fateh, umat Islam ketika itu berjaya menakluki 3/4 dunia. Mengapa? Krn mrk benar2 mengamalkan Islam. Krn itu Nabi mengatakan bhw sultan dan tentera pd zaman itu merupakan sebaik2 sultan dan sebaik2 tentera. Umat Islam menang krn mrk berpegang dgn Islam. Org berjaya krn meninggalakn arahan2 agama hanyalah org Kristian, cuba baca sejarah zaman renaissance.

Al-Wahnu pula maksudnya cintakan / sukakan dunia dan takutkan mati. Sebagai contoh, kita sukakan isteri kita krn kejelitaan nya, jika diwaktu itu kita terfikirkan kita akn mati, mesti kita tak sanggup fikirkan nya lg krn takut2 tak boleh berjumpa dgn isteri kesukaan kita itu.. Contoh lain, kita memiliki jawatan yg besar, diwaktu itu pasti kita seboleh2 nya tidak mahu mati krn tak sanggup meninggalkan jawatan kiita itu... Diwaktu mana kita sukakan dunia, ketika itu pasti kita takut mati krn tidak sanggup berpisah dgn apa2 yg kita suka itu. Kalau nak dunia, mesti ikut cara2 yg diajar dlm Islam agar tidak tertipu dgn nya. Rezki kita tetap kita akn dapat, yg berbeza cumalah cara kita dapat rezki, sama ada cara yg halal atau haram.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Nampak tak persamaanya diantara sekular dan al-wahnu. Oleh itu, saya tak takut utk saya ajak semua maknusia2 yg sukakan jawatan dan kemuliaan diri utk menjenguk2 kesilapan diri. Sedarlah bhw dunia yg dicari2 itu hanyalah kamu akn dpt utk sekelip mata shj. Tp jika akhirat yg kamu cari, kamu akn dapat manfaat nya selama2 nya. Jgn biarkan fikiranmu diracuni sekular, jgn kamu biarkan dirimu lupa bhw kamu akn hidup selpas mati. Boleh jd org selekeh pd pandangan mu skrg menjadi org yg terrrrrrrsangat mulia drpd mu di akhirat nanti. Kamu pula skrg berasa mulia dgn jwtan2 mu tp di akhirat nanti menjadi org yg paling hina krn tiada pahala sdg kan dosa bertimbun2.