salam
ahlan wasahlan

Thursday, March 18, 2010

TAMAN ISLAM KULLIAH

salam..dah lama tak menggerakkan jari-jari ni kat blog..rindu rasanya..

semenjak berada di Kulliah banyak perkara dpt dipelajari..

bulan 1

Sewaktu orentasi ana dilantik jadi ketua kumpulan..Ana tak suka jadi ketua sebab ana lbh suka jadi org yg patut dibimbing..Tapi ana gagahkan diri mungkin sesuatu dpt dipelajari daripada perkara tersebut..memang benar.

Kemudian, Allah mentaqdirkan ana jadi ketua kelas bagi kelas Ijtihad(banat sume).Masa dilantik tu ana fikir mungkin Allah nak tarbiyah aku kat sini..Jadi ana cuba untuk memegang dan menjalankan taklifan ini sehabis baik..walaupun nampak sempoi je tp macam kerja menteri plak..tak duduk diam.Memang benarlah, Allah tidak membebankan seseorang tu melainkan sesuai dgn kesanggupannya..Agak sibukla jugak coz bekejar ke sana ke sini nak settlekan spbt, duit bukula dan lain2.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

bulan 2

ana dicalonkan untuk menjadi calon MPP Kulliah..Telan air liur gak nak pancing undi utk pilihan raya..ana takla sehebat sahabat2 yg lain yg pernah berpengalaman jadi ketua asrama, ketua badan dakwah..Tapi sume tu tak penting..yang penting sekarang ni kita merupakan mata-mata rantai perjuangan Rasulullah tu sendiri..
Hasilnya sahabat2 seusrah ana menjadi pilihan di hati rakyat sekulliah.

bulan 3

Bukan boleh main2 je jadi MPP ni..kita merupakan role-model kpd org lain..macam wakil rakyat gak kan..kesalahan kecil yg dibuat tampak lebih besar..tp sume tu mematangkan kita..

"SIAPA YG TAK PERNAH BUAT SALAH BERMAKNA DIA TAK PERNAH BUAT APA2"

tapi adakalanya ana rase down..sebenarnya Allah nak dengar luahan kita kat Dia cuma masa tu ana je yg tak sedar..bila difikirkan balik kerja kita sekarang ni secotet je nak dibandingkan dengan dakwah Rasulullah tp itu pun dah x mampu..

Ingatlah..


SETIAP TITIS PELUH & DARAH
TAK AKAN SIRNA DITELAN MASA
SEGURIS LUKA DI JALAN ALLAH
KAN MENJADI SAKSI PENGORBANAN

p/s: Untuk semua, tak kirala ajk badan dakwah, pengawas atau apa2 lg..TERUSKAN PERJUANGAN HINGGA KE AKHIRNYA!! Takbir!!

2 comments:

  1. "SIAPA YG TAK PERNAH BUAT SALAH BERMAKNA DIA TAK PERNAH BUAT APA2"
    - thanks sis..
    u make me proud with u..

    its easy to talk, buat really hard to act..

    teruskan menulis perkembangan n improvment mu di sana.. insyallah, with God's willing i'll follow it. TC ;)

    ReplyDelete
  2. Mereka terus berjuang. Kita pula merugikan masa terluang.

    Al-Aqsa semakin tercedera. Sinagog Hurva dirasmikan di perkarangan Masjid.

    Keadaan semakin genting. Retak menunggu belah. Belah menunggu roboh.

    Sampai bilakah kita akan terus berdiam.

    Membatu dan membodoh?

    Adakah sehingga Al-Aqsa lupus

    Atau sehingga saudara kita di sana habis terhapus?

    Saya cuba menghayati jiwa mereka.

    Mari hayati puisi ini:

    - Kalau Dengan Terhapusnya Kami -



    Kalau Dengan Terhapusnya Kami

    Kamu meninggalkan kami
    membiarkan kami sendiri di tebing ini
    dirogol dibunuh berhari-hari
    tetapi kamu membiarkan
    seakan kita tidak sama-sama sujud pada Ilahi

    kamu meninggalkan kami
    berdarah terluka setiap hari
    bom peluruh menghujani diri
    mati mati dan esok ada lagi yang mati
    seakan-akan kita tidak berkongsi Nabi

    Apakah kamu sedang berusaha
    tetapi musuh menghadangmu hingga terjeda
    atau kamu hakikatnya tergari dengan dunia
    sehingga sanggup membiarkan musuh menghapuskan saudara?

    Hingga bila kamu hendak tersedar
    dari alpa yang lama
    dari lena yang panjang
    baru terlepas dirimu dari ikatan dunia?

    Tidakkah kamu ini tertipu dengan garisan sempadan dunia?
    tidakkah kamu ini terperdaya dengan jenis bangsa?
    kita tidak sedarah
    tetapi jangan kamu lupa bahawa kita seaqidah

    Kami menitis darah di sini
    berjuang bukan kerana negara kami
    tetapi tidakkah kamu melihat bahawa yang dirobek itu agama Ilahi?
    sedang kamu tertidur dengan sangkaan bahawa mereka tidak akan menyerangmu nanti

    Kalaulah dengan terhapusnya kami sedikit masa nanti
    menyedarkan kalian dari panjangnya mimpi
    membangkitkan kalian dari lena selama ini
    menyemarakkan nyalaan perjuangan hingga berapi-api
    maka kami redha…
    biar roboh Al-Aqsa
    biar tiada tinggal seorang pun dari kami
    kalau itu maharnya
    untuk kesedaran dan kebangkitan kamu
    wahai ummah hari ini


    Hilal Asyraf - http://ms.langitilahi.com/
    ~angkasa
    18 Mac 2010
    10.31am
    Lagu Doaku
    Puisi Kalau Dengan Terhapusnya Kami

    ReplyDelete