salam
ahlan wasahlan

Saturday, October 16, 2010

Anatomy di sisi orang Islam





1) Orang mesir kuno adalah orang pertama yang mempelopori ilmu anatomy,mereka telah membedah mayat dan membuang viscera(usus) kemudian melakukan tahnit’(mengawet) untuk tujuan mengekalkan mayat.

2) HUKUM:
a)Haram awet manusia kerana menyeksa manusia
b)Harus awet binatang

3) Orang barat mendakwa umat islam tidak tahu tentang ilmu anatomy kerana agama islam amat memuliakan mayat,oleh itu mereka menyangka orang islam tidak membedah mayat untuk belajar ilmu anatomy.

4) Sekalipun islam menghormati manusia hidup ataupun mati,dan dilarang menyeksa tubuh atau bermain-main dgn tubuh(mayat),tetapi untuk tujuan pembelajaran (medical study) ianya menjadi wajib untuk pelajar perubatan menggunakan mayat

5) Ini adalah kerana belajar perubatan merupakan satu kewajipan dan merupakan cara untuk berkhidmat pada manusia,dan tidak sempurna pengajian kalau tidak menggunakan mayat oleh itu islam membenarkan penggunaan mayat bagi pelajar perubatan

6) Ulama’ perubatan,Abu Walid Muhammad bin Rushd berkata: (sesiapa yang belajar ilmu anatomy maka akan bertambah imannya pada Allah)


dipetik dari http://madrasahimamnawawi.blogspot.com

No comments:

Post a Comment